PROFIL SEKOLAH

VISI SEKOLAH

SKKJ Akan Sentiasa Membangunkan Prestasi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti Dan Berinovatif Bertaraf Dunia

MISI SEKOLAH


Kami Warga SKKJ Memastikan Misi Berikut Dilaksanakan:

1. Melaksanakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkualiti Dan Berkesan Seiring Dengan Tuntutan Sosial.
2. Membangunkan Sahsiah Dan Modal Insan.
3. Membangunkan Aktiviti Ko-kurikulum Dalam Membentuk Generasi Yang Matang Dan Mempunyai Sifat Patriotisme Yang Tinggi.
4. Membudayakan Tuntutan Pendidikan Dalam Komuniti.

MOTO SEKOLAH

“ USAHA SEDAYA UPAYA
BUAT HABIS BAIK ”
 
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan serta berjanji dan berikrar akan berusaha sedaya upaya kami untuk :-

1.       Melaksanakan pengajaran & pembelajaran di bilik  
          darjah dengan bersungguh- sungguh agar semua  
          anak didik kami menjadi warga terbaik dengan nilai 
          moral yang tinggi.
2.       Memeriksa semua buku latihan, buku kerja,  
          buku nota yang diberi dengan teliti dan berhati-hati.
3.       Memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah,  
          bilik-bilik khas dan kawasan persekitaran sekolah  
          dalam keadaan yang memuaskan.
4.       Menjaga hubungan yang baik & mesra dengan 
          semua pihak khususnya anak didik kami.
5.       Meningkatkan kecemerlangan anak didik kami
          di bidang kesukanan dan permainan 
          selaras dengan hasrat 
          “PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN  ”.
6.      Memastikan keputusan UPSR sentiasa cemerlang &
         membanggakan.
7.      Memastikan semua urusan yang berkaitan dengan 
         Perjawatan Guru, Hal Ehwal Murid,  
         Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri 
        & Kementerian Pelajaran diuruskan   dengan kadar 
         tepat & segera 
8.      Sentiasa bersedia dengan hati terbuka menerima
         sebarang teguran dan cadangan yang membina 
         demi kebaikan SK Khir Johari, Sg Sumun.

LAGU SEKOLAH
 

Sekolah Khir Johari
Gedung Mendidik Generasi
Namamu Harum seluruh Negeri
Tetap  Mekar Di Sanubari
Tabah Dan Juga Yakin
Moto Pegangan
Rukun Negara Jadi Panduan
Menurut Falsafah Pendidikan
 Gigih Kami Pertingkatkan
Kami Bakal Pemimpin
Memimpin Masyarakat  Maju
Belajar, Bermain Serta berdisiplin
Ke Arah Malaysia Maju


LENCANA SEKOLAH

 


MAKSUD DISEBALIK WARNA DAN  OBJEK  YANG   DIGUNAKAN DI LENCANA

MERAH
Melambangkan semangat dan keberanian dalam mengejar cita-cita tanpa rasa jemu,dan gentar terhadap setiap rintangan

BIRU
Melambangkan perpaduan dan permufakatan  yang kental seluruh warga sekolah bagi mencapai matlamat yang ditetapkan

KUNING

Melambangkan budaya bangsa berteraskan agama Islam  dan kedaulatan  raja berpenglembagaan

OBOR
Membawa maksud minda pelajarya yang sentiasa bersemangat untuk mencapai cita-cita dan tidak kenal putus asa

BUKU
Melambangkan sumber ilmu yang utama yang membawa kepada kecemerlangan  pendidikan sesuai dengan tuntutan global

KERIS BERSILANG
Melambangkan keteguhan hati dan kekuatan iman yang sukar digugat walau apapun cabaran mendatang

S.K.K.J  SUNGAI SUMUN

Merupakan singkatan nama sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun

TABAH & YAKIN
Merupakan cogan kata sakti  yang ditanam di jiwa pelajar agar sentiasa berusaha,sabar  dan yakin kepada kebolehan yang ada pada diri sendiri.