Wednesday, February 6, 2013

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA

Mesyuarat AJK PIBG ini di adakan di Bilik Mesyuarat SK.Khir Johari pada 5.2.2013 jam 2.30petang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDP PIBG iaitu Dr. Alias b Awang.



MAJLIS PEMBERIAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100

Majlis ini telah di adakan pada 21 Januari 2013 di Dewan Sri Jauhari yang telah dirasmikan oleh YB. Datuk Shahrulzaman bin Datuk Yahya, Setiausaha Politik Kementerian Pertahanan Malaysia. Tahniah kepada semua ibu bapa yang telah menerima bantuan ini.

Kehadiran Tetamu Kehormat YB Datuk Shahrulzaman b Datuk Yahya
( Setiausaha Politik Kementerian Pertahanan Malaysia)

Ucapan Ringkas oleh Tuan Hj.Mohd Tahrim b Abu Othman
(Guru Besar Sk.Khir Johari)

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Shahrulzaman b Datuk Yahya
( Setiausaha Politik Kementerian Pertahanan Malaysia)


Penyampaian Bantuan Persekolahan 2013 kepada Ibu Bapa

Tuesday, February 5, 2013

PROGRAM SARANA IBUBAPA

Program sarana ibubapa ini dijalankan adalah dituju khas  kepada ibubapa dan boleh dikongsi bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu ibubapa melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibubapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar.


Pendaftaran Ibu Bapa

Kehadiran Ibu Bapa di Dewan Sri Jauhari

Taklimat Sarana Ibu Bapa oleh Y.Berbahagia Tuan Guru Besar


Ibu Bapa yang fokus dengan taklimat diberikan.

AWAL PERSEKOLAHAN 2013

Sesi Persekolahan Tahun 2013 telah bermula pada 2. Januari 2013. Selamat Datang kepada semua pelajar SK.Khir Johari, Sungai Sumun.