Thursday, May 17, 2012

TAHNIAH! JOHAN PERTANDINGAN AMALI SAINS


Tahniah di atas kejayaan yang diperolehi oleh 2 Orang Murid SK Khir Johari iaitu Muhesh Darwin A/L Gunalan dan Amirah binti Zubairi kerana telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Amali Sains Peringkat Daerah Hilir Perak pada 28 April 2012 lalu yang bertempat di Sek.Men. Sultan Abdul Aziz. Tahniah juga kepada guru bimbingan mereka....Syabas diucapkan...

LAPORAN STATUS PELAKSANAAN DASAR 1M1S 2012

** Sumber dari Portal PPD Hilir Perak ***

Tuan,
Sukacita sekiranya pihak tuan dapat mengisi maklumat berkaitan Status Pelaksaan Dasar 1Murid 1Sukan. Dipohon untuk mengisi maklumat dari bulan Januari 2012 hingga Mei 2012 jika belum berbuat demikian. Maklumat ini perlu diisi setiap bulan dan dihantar kembali ke Unit sukan melalui e-mel di alamat alias.sali@yahoo.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya pada atau sebelum 5hb pada setiap bulan. Sekian, terima kasih.

Sila muat turun borang di SINI
** pastikan guna id facebook sekolah** 

TAHNIAH! NAIB JOHAN BOLA JARING PERINGKAT NEGERI PERAK


Tahniah di atas kejayaan Pemain Bola Jaring Daerah Hilir Perak kerana telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Negeri Perak 2012, yang telah diadakan pada 04-07 Mei 2012 bertempat di Arena Square, SJK (C) San Min dan SJK (C) Chong Min. Tahniah juga kepada 2 orang pelajar SK Khir Johari yang telah terlibat dalam kejohanan tersebut iaitu Siti Rabiatul Adawiyah bt Mohamad  dan Nurain Hazirah bt Mohd Fakhrulmoin bersama guru bimbingannya Cik Nurul Izni bt Shafie yang sentiasa memberi semangat dan galakkan kepada semua pemain...Tahniah diucapkan.

Wednesday, May 16, 2012