INFO SEKOLAH


 SEJARAH SEKOLAH

Sejarah awal sekolah ini bermula pada tahun 1952,apabila sebuah sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebaga bahasa pengantar telah didirikan di Pekan Hutan Melintang. Ia dinamakan GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL. Pengujudan sekolah tersebut telah diusahakan oleh En. C. Hicks, Ketua Inspektor sekolah-sekolah Hilir Perak pada ketika itu.
Bangunan awal terdiri daripada dua buah bilik darjah dan sebuah bilik pejabat. Bilangan murid hanya seramai 15 orang sahaja. guru besar pertamanya adalah En. S. Mackenzie.
Sekitar tahun 1954, sekolah tersebut telah dipindahkan ke lokasi barunya di sebuah tapak "Padang Golf Ladang' di Batu Dua Puluh, Sungai Sumun.
Ketika itu, kepadatan pelajarnya mencecah ke tahap maksimum dan ianya perlu menampung persekolahan rendah dan menengah. Sehinggakan Kementerian Pendidikan ketika itu perlu membina sebuah lagi bangunan baru bagi menampung pelajar sekolah menengah di tapak sebelah kawasan sekolah sedia ada.
Menepati perkembangan pendidikan semasa, pada 6 Mei 1967. iainya telah diberi nafas baru dan ditukarkan nama kepada Sekolah Khir Johari, sempena nama Menteri Pelajaran ketika itu.
Sekali lagi, pada awal tahun 1997, selaras dengan Dasar Pendidikan Kebnagsaan, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua SRK dan SRJK(T) dan SRJK(C) ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) dan (C). Oleh itu, sekolah ini dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI , SUNGAI SUMUN.


SENARAI GURU BESAR SK KHIR JOHARI