Friday, August 10, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti  kepada semua Guru-Guru , Pelajar-Pelajar dan Kakitangan Sokongan SK.Khir Johari. Kepada Pelajar Tahun 6, Raya-Raya Juga...Jangan Lupa Mengulangkaji Pelajaran Kerana Anda Akan Menduduki  Peperiksaan UPSR Yang Bakal Tiba..... Kepada Semua Warga SKKJ...Hati-Hati Di Jalan Raya...Selamat Pulang dan Selamat Kembali di sini...Mohon Maaf Zahir Batin.




SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Perhimpunan Khas Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah dijalankan pada 30 Julai 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan. Berbagai aktiviti yang akan dijalakan iaitu ;

a) Pertandingan Menghias Kelas Dengan Jalur Gemilang
b)Pertandingan Mewarna Gambar Suasana Hari Kemerdekaan PRA Sekolah
c) Pertandingan Melukis Poster Tema Hari Merdeka Tahap 2
d) Pertandingan Mengarang Esei Bertemakan Kemedekaan Tahap 2
e) Kuiz Kemerdekaan (bertulisI Terbuka
f) Syarahan/Berpidato Tahap 2
g) Mendeklamasikan Puisi Kemerdekaan Tahap 2
h) Nyanyian Lagu Patriotik Berkumpulan
i) Pertandingan Pakaian Seragam Sempena Hari Kemerdekaan
j) Pertandingan Kesenian Merdeka

Antara Aktiviti-Aktiviti Lain adalah ;
1) Menghias Kawasan, Premis Sekolah Dengan Jalur Gemilang
2) Mendendangkan Lagu-Lagu Patriotik Setiap Hari
3) Sudut Kemerdekaan Di Bilik Darjah
4) Memasang Banner Kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-55 "Janji Ditepati"


Boleh klik di sini untuk melihat gambar aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. 

Wednesday, July 25, 2012

Monday, July 16, 2012

21 CALON QUALITI UPSR 2012

Gambar Calon Qualiti...5A dalam genggaman anda...Kami di sini mendoakan semua calon UPSR 2012 mendapat 5A dalam peperiksaan nanti...Selamat Berjaya.

PROGRAM KHIDMAT BANTU SKKJ

SKKJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua juruteknik yang terlibat iaitu En. Azmin b Azlan, En Shahrul Nurqammar b Abd Rased, En.Abd Halim b Abd Hamid, En.Mohamad Shafiz b Ghazali dan tidak ketinggalan Juruteknik PKG Selekoh Pn Hilma Hamimah b Mohd Hajin yang banyak membnatu dalam program Khidmat Bantu SKKJ baru-bari ini. Ucapan ribuan penghargaan juga kepada Pengetua SMK.Khir Johari dan Guru Besar SK.Selekoh, SK.Sungai Tiang Baroh, SK Sg.Tiang Darat, dan Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Selekoh kerana memberi kebenaran kepada juruteknik untuk membantu juruteknik SKKJ dalam menyelesaikan masalah Konfigurasi Rangkaian Makmal Komputer dan Pusat Akses. Terima kasih diucapkan sepanjang 1 hari program dijalankan.


Wednesday, July 11, 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Peperiksaan Percubaan UPSR telah dijalankan mulai 11 Julai 2012 hingga 13 Julai 2012 selama 3hari. Selamat berjaya kepada semua calon peperiksaan percubaan UPSR 2012." USAHA SEDAYA UPAYA, BUAT SEHABIS BAIK"

SENAMROBIK 1 MALAYSIA 1 SUKAN

SK.Khir Johari selamat menjalankan Program Senamrobik Serentak iaitu Senarobik 1M1S yang telah dilancarkan seluruh Malaysia...Terima kasih semua guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan program ini...."1 Malaysia 1 Sukan"...Antara gambar aktiviti yang sempat dirakam adalah seperti berikut:

Sesi Pendaftaran
Taklimat Oleh : GPK Ko-Kurikulum dan Setiausaha Sukan
 Bacaan Doa oleh : Ustaz Muhd Rusdi b Ahmad Mahir
 Aktiviti Regangan Badan
  Senamrobik 1M1S Dimulakan

Boleh klik di sini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414825495230995.89550.252377854809094&type=
 untuk melihat aktiviti sepanjang SENAMROBIK 1M1S. 

Monday, July 9, 2012

PROGRAM BULAN BAHASA 2012

Program Bulan Bahasa telah dirasmikan oleh Guru Besar SK.Khir Johari bermula mulai 9 Julai 2012 dan berakhir pada 8 Ogos 2012. Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk melahirkan pelajar yang rajin berusahah bagi mencapai kejayaan dengan menyemai minat membaca dalam kalangan murid. Antara pengisian program yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

Aktiviti Panitian Bahasa Melayu

1. Tulisan Cantik                          4. Baca Sajak
2. Membaca Berita                       5. Syarahan
3. Cerita Pendek                          6. Pengucapan Awam

Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris

1. Group Singing                         4. Short Story
2. Jazz Chant                              5. Spelling Bee
3. Nursery Rhymes                     6. Spell It Right

Aktiviti Panitia Bahasa Arab

1. Silang Kata
2. Buku Skrap
3. Sajak

Program yang telah dijalankan pada 9 Julai adalah seperti di bawah:

Ucapan Oleh Guru Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan  Bahasa Arab


Selain itu boleh klik di sini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414450998601778.89454.252377854809094&type=3 untuk melihat koleksi gambar sempena majlis Perasmian Bulan Bahasa 2012. " Bahasa Jiwa Bangsa"






Thursday, July 5, 2012

TEMASYA SUKAN KALI KE-54, 2012

Wajah-Wajah Semasa Temasya Sukan SKKJo..Kali ke-54


Alhamdullah kejohanan sukan kali ke 54 dapat dijalankan dengan jayanya smlm.. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya, dan tahniah juga kepada RUMAH MUSYTARI kerana berjaya merangkum kejuaraan keseluruhan antara RUMAH URANUS,ZUHAL DAN MARIKH .. Tahniah juga kepada guru-guru dan kakitangan sekolah yang berjaya menganjurkan kejohanan dengan baik. Untuk melihat gambar aktiviti-aktiviti sepanjang temasya sukan kali ke-54 boleh klik di sini....https://www.facebook.com/media/set/?set=a.411510765562468.88859.252377854809094&type=3.... Terima kasih semua

SAMBUTAN HARI GURU SKKJ 2012

Tahniah! Sambutan Hari Guru SK Khir Johari telah berjalan dengar lancar....terima kasih kepada semua guru-guru, staf dan murid-murid kerana memeriahkan sambutan Hari Guru bagi tahun 2012...untuk melihat gambar aktiviti sambutan hari guru boleh melayari http://www.facebook.com/Sk Khir Johari Sungai Sumun(K'Jo)...atau boleh klik di sini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.411482915565253.88850.252377854809094&type=1"Guru Inovasi Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Thursday, May 17, 2012

TAHNIAH! JOHAN PERTANDINGAN AMALI SAINS


Tahniah di atas kejayaan yang diperolehi oleh 2 Orang Murid SK Khir Johari iaitu Muhesh Darwin A/L Gunalan dan Amirah binti Zubairi kerana telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Amali Sains Peringkat Daerah Hilir Perak pada 28 April 2012 lalu yang bertempat di Sek.Men. Sultan Abdul Aziz. Tahniah juga kepada guru bimbingan mereka....Syabas diucapkan...

LAPORAN STATUS PELAKSANAAN DASAR 1M1S 2012

** Sumber dari Portal PPD Hilir Perak ***

Tuan,
Sukacita sekiranya pihak tuan dapat mengisi maklumat berkaitan Status Pelaksaan Dasar 1Murid 1Sukan. Dipohon untuk mengisi maklumat dari bulan Januari 2012 hingga Mei 2012 jika belum berbuat demikian. Maklumat ini perlu diisi setiap bulan dan dihantar kembali ke Unit sukan melalui e-mel di alamat alias.sali@yahoo.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya pada atau sebelum 5hb pada setiap bulan. Sekian, terima kasih.

Sila muat turun borang di SINI
** pastikan guna id facebook sekolah** 

TAHNIAH! NAIB JOHAN BOLA JARING PERINGKAT NEGERI PERAK


Tahniah di atas kejayaan Pemain Bola Jaring Daerah Hilir Perak kerana telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Negeri Perak 2012, yang telah diadakan pada 04-07 Mei 2012 bertempat di Arena Square, SJK (C) San Min dan SJK (C) Chong Min. Tahniah juga kepada 2 orang pelajar SK Khir Johari yang telah terlibat dalam kejohanan tersebut iaitu Siti Rabiatul Adawiyah bt Mohamad  dan Nurain Hazirah bt Mohd Fakhrulmoin bersama guru bimbingannya Cik Nurul Izni bt Shafie yang sentiasa memberi semangat dan galakkan kepada semua pemain...Tahniah diucapkan.

Wednesday, May 16, 2012

Monday, March 26, 2012

PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH(tKRS) PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK

Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (tKRS) sama ada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan memfokuskan sebarang aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan akan memeberi tumpuan secara khusus kepada kurikulum tKRS.

Jumaat (23 Mac 2012)
Pendaftaran Peserta / Mendirikan Khemah / Taklimat Perkhemahan & Solat
( 23 Mac 2012 - Malam)
Ice Breaking Kraftangan


Walau bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada aspek kecergasan dan ketahanan diri pserta serta mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal seperti berikut :

24 Mac 2012 (Sabtu)
(Kawad Kaki)
24 Mac 2012 (Sabtu)
Ikhtiar Hidup (Masakan)
24 Mac 2012 (Sabtu)
Ikhtiar Hidup(Jerat)
24 Mac 2012 (Sabtu)
(Kembara)
25 Mac 2012 (Ahad)
(Membina Gadget)


Majlsi Perasmian Penutup Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (tKRS) Daerah Hilir Perak tahun 2012 telah dirasmikan oleh Encik Zainal Abiddin bin Osman, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. Aktiviti penutupan majlis ini adalah seperti berikut :

Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak
(Tuan Zainal Abiddin b Osman)
Nyanyian Lagu Negaraku, Persembahan Tarian Dabus, Kadet Melapor, Ucapan Komanden tKRS " Tuan Hj. Mohd Tahrim bin Abu Othman", Ucapan Penutup oleh "Tuan Zainal Abiddin b Osman", Nyanyian Lagu tKRS dan Penyampaian Sijil