Monday, February 27, 2012

Assalamualaikum WRT dan Salam 1 Malaysia

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan menghasilkan Laman Interaksi @ Sekolah Kebangsaan Khir Johari. Laman Interaksi ini diharapkan akan menjadi medium komunikasi yang berguna untuk warga sekolah memperolehi maklumat, menyuarakan pendapat dan pandangan yang bernas serta mengutarakan sebarang masalah dan ketidakpuasan hati.

Saya juga mengharapkan supaya pengguna Laman Interaksi ini akan dapat menggunakan semua kemudahan yang terdapat dalam Laman Interaksi @ SKKJ ini dengan cara yang berhemah, berbudi bahasa yang tinggi serta niat yang luhur. Sebagai sebuah Laman Interaksi ini seharusnya menjadi medan utama untuk menyalurkan informasi dan maklumat kepada para pelanggan Sekolah Kebangsaan Khir Johari khususnya para ibu bapa dan juga semua pihak yang berminat. Sehubungan itu, adalah menjadi hasrat saya untuk melihat dan memastikan Laman Interkasi ini sentiasa di kemas kini dengan meklumat terkini.

Saya juga megharapkan semoha semua kemudahan ICT yang disediakan oleh Kerajaan akan digunakan secara maksimum demi untuk manfaat dan kepentingan P&P murid-murid dan guru. Sebagai sebuah Sekolah Luar Bandar, amatlah penting bagi kita untuk membuktikan bahawaSKKJ mampu menjadi benchmark untuk rujukan sekolah-sekolah lain.

Sekian, terima kasih.


(Tn.Hj.Mohd Tahrim b Abu Othman (ppt))
Guru Besar
Sk Khir Johari
Sungai Sumun