Monday, March 26, 2012

PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH(tKRS) PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK

Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (tKRS) sama ada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan memfokuskan sebarang aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan akan memeberi tumpuan secara khusus kepada kurikulum tKRS.

Jumaat (23 Mac 2012)
Pendaftaran Peserta / Mendirikan Khemah / Taklimat Perkhemahan & Solat
( 23 Mac 2012 - Malam)
Ice Breaking Kraftangan


Walau bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada aspek kecergasan dan ketahanan diri pserta serta mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal seperti berikut :

24 Mac 2012 (Sabtu)
(Kawad Kaki)
24 Mac 2012 (Sabtu)
Ikhtiar Hidup (Masakan)
24 Mac 2012 (Sabtu)
Ikhtiar Hidup(Jerat)
24 Mac 2012 (Sabtu)
(Kembara)
25 Mac 2012 (Ahad)
(Membina Gadget)


Majlsi Perasmian Penutup Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (tKRS) Daerah Hilir Perak tahun 2012 telah dirasmikan oleh Encik Zainal Abiddin bin Osman, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. Aktiviti penutupan majlis ini adalah seperti berikut :

Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak
(Tuan Zainal Abiddin b Osman)
Nyanyian Lagu Negaraku, Persembahan Tarian Dabus, Kadet Melapor, Ucapan Komanden tKRS " Tuan Hj. Mohd Tahrim bin Abu Othman", Ucapan Penutup oleh "Tuan Zainal Abiddin b Osman", Nyanyian Lagu tKRS dan Penyampaian Sijil

Friday, March 9, 2012

CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA

Cuti Penggal Pertama : 10 hingga 18 Mac 2012

Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan murid-murid SKKJ.Selamat Pulang ke kampung....Berhati-hatilah di jalan raya.

AKTIVTI PRASEKOLAH

Berdasarkan tema pembelajaran kebersihan diri, murd diajar cara-cara menjaga kebersihan diri melalui aktiviti mandi-manda. Ianya dapat meningkatkan minat murid pada pembelajaran. Aktiviti ini diselia oleh Guru Prasekolah Dinamik, Cik Nur Hafizah bt Bahari bersama Pembantu Pengurusan Murid (PPM), Pn.Rohana bt Suppar. Aktiviti ini dijalankan 2 kali setahun disamping pelbagai aktiviti -aktiviti lain yang menarik.

MESYUARAT PBS

Mesyuarat ini telah diadakan pada :
Tarikh : 5 Mac 2012 (Isnin)
Masa
Tempat : Bilik Mesyuarat SKKJ.
Dokumentasi: 1. Fail Guru Matapelajaran
- surat pelantikan PBS
- dokumen standard prestasi
-senarai nama murid
2. Fail Showcase
- menyimpan contoh eviden terbaik bagi setipa mata pelajaran
3. Fail Perkembangan Murid
- menyimpan eviden

PERTANDINGAN NYAYIAN LAGU PATRIOTIK

Satu pertandingan Nyayian Lagu Patriotik telah diadakan pada 3 Mac 2012 di Bangunan UMNO Simpang 4 bersempena Himpunan Mega 1 Malaysia Motosikal Negeri Perak 2012, Parlimen Bagan Datoh. Seramai 2 orang murid SKKJ iaitu Nur Baisyirah bt Yusairy Yakimin (Lagu - Tanah Airku) dan Muna Nabiha bt Mansor (Lagu- Sejahtera Malaysia) telah berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga.
Penyerahan trofi kepada pemenang telah disampaikan oleh YBerhormat Dato'Seri Dr. Zahid b Hamidi(Ahli Parlimen Bagan Datoh).Latihan nyayian lagu patriotik ini dipimpin oleh guru berpengalaman dalam seni muzik iaitu En.Ibrahim b Pardi. Tahniah diucapkan.

Thursday, March 8, 2012

PERTANDINGAN BOLA JARING

Pada 1 Mac 2012 telah berlangsungnya pertandingan Bola Jaring Peringkat Kelompok 7.
Dengan berkat usaha dan kesungguhan pemain, pasukan bola jaring SKKJ telah berjaya mendapat tempat pertama..
Dengan ini, pasukan SKKJ akan dihantar dalam pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Hilir Perak pada 24 Mac 2012(Sabtu) bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai
Tungku, Teluk Intan. Tahniah dan Selamat Berjaya di ucapkan...

PROGRAM RAKAN ISLAH

Satu Program Rakan Islah yang telah diadalah pada 1 Mac 2012 bersempena Program Kempen Sekolah Penyayang. Ucapan ringkas yang telah disampaikan oleh En.M.Aminuddin b Supandi selaku Guru Kaunseling SKKJ adalah untuk memaklumkan tujuan program ini diadakan iaitu;-
Program Rakan Islah dijalankan adalah untuk :
  • membantu meningkatkan sahsiah rakan bermasalah di bawah jagaanya
  • membantu mengurangkan tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan norma dan etika masyarakat
  • memberi galakan dan dorongan kepada rakan bermasalah di bawah jagaanya agar dapat meningkatkan prestasi akademik dan sahsiahnya.
  • memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada rakan bermasalah di bawah jagaannya agar dapat menjalani kehidupan seharian yang seharusnya perlu ada pada setiap individu.
  • Rakan Islah ini dianggap seperti abang angkat atau kakak aangkat atau lebih mesra sebagai seoarang rakan yang sangat akrab yang sentiasa mahu membantu,menolong, mengambil tahu dan mengambil berat.