Thursday, March 8, 2012

KEMPEN SEKOLAH PENYAYANG

Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Oleh itu, wujudlah Kempen Sekolah Penyayang yang telah dilaksanakan oleh semua guru SKKJ pada 1 Mac 2012. Objektif Amalan Guru Penyayang ini adalah untuk menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
" SAYANGILAH SEKOLAH KITA" "SEKOLAHKU RUMAHKU"

No comments: